Powered By Blogger

06 July 2018

#Ceritera - JANGKA HAYAT ???

Salam Muafakat,

Disini RKP ingin berkongsi #ceritera dari rakan seperjuangan,

Kebiasaannya jangka hayat sebuah bateri kenderaan yang diselenggara rapi akan lemah sedikit demi sedikit sebelum ianya tamat (bateri kong). 

Terdapat tempoh masa di mana tuan punya kenderaan tersebut akan mengalami kesusahan akibat dari bateri kenderaan yang lemah. 

Antaranya adalah penggunaan 'jumper' yang berterusan dan terpaksa menolak kenderaan bagi menghidupkan enjin sebelum bateri tersebut hilang fungsinya secara total. 

Situasi tersebut tidak akan berlaku sekiranya tanda-tanda awal bateri lemah diambil tindakan pantas oleh pemilik kenderaan dengan membeli dan menukar bateri baru. 

Kisah jangka hayat bateri kenderaan tersebut juga boleh dijadikan suatu analogi kepada manusia.

Seseorang manusia yang senantiasa menjalani gaya hidup yang positif dari aspek penjagaan kesihatan fizikal tetapi bergelumang dengan kemunkaran dan kezaliman sepanjang hayatnya  boleh diumpamakan sebagai bateri kenderaan (yang dijaga rapi)  tersebut.

Hayatnya panjang namun akan mengalami saat-saat pengakhiran yang yang sedikit lama dan menyusahkan diri dan keluarganya berbanding golongan lain, dengan pelbagai kesusahan dan penderitaan. 

Ramai yang beranggapan bahawa hayat yang panjang sebagai umur yang berkat, namun sebaliknya ia adalah istidraj kepada golongan yang seumur hidup melakukan kemunkaran dan kezaliman terhadap orang  lain.

Banyak fakta-fakta sejarah membuktikan umat Muhammad saw yang 'alim, soleh, huffaz dan bermanfaat pada manusia menemui penciptaNYA dalam lingkungan usia Baginda saw atau lebih awal dari itu.

Semoga kita tergolong di kalangan umat Muhammad saw yang berkat usianya (bukan panjang atau pendek) DAN  bermanfaat pada manusia.

 InsyaALLAH,  aamiin



p/s: #ceritera di atas tiada kena mengena dengan mana-mana pihak, samada yang masih hidup atau bakal mati. Analogi di atas tidak menyeluruh dan tidak semestinya tepat dan benar.


sumber