Powered By Blogger

13 February 2013

Panas!!!!Kontroversi Rakaman Audio Adun PAS Kritik MB Kedah?????

Beberapa blogger tempatan mendedahkan tiga rakaman audio mendakwa penglibatan Adun Kubang Rotan (Pas), Mohd Nasir Mustafa serta ahli Pas kawasan Kuala Kedah mengkritik kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ke program My Beautiful Malaysia peringkat negeri Kedah, yang dilancarkan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung, di Taman Rekreasi Gunung Keriang, 3 Februari lalu.

Berdasarkan rakaman itu yang dipaparkan dalam blog 'Medan Tempur Kedah' dan 'Kedah ke KL', Azizan dikritik hebat kerana menyarungkan baju IM4U selain dilihat 'mesra' dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) selaku penganjur program.

Mohd Nasir dikaitkan dengan rakaman terbabit gara-gara namanya disebut dalam perbincangan itu, yang diselang selitkan dengan pandangan beberapa orang tidak dikenali.

Justeru, Mohd Nasir yang juga Naib Yang Dipertua Pas kawasan Kuala Kedah dikaitkan dengan usaha mahu menjatuhkan Azizan, apabila rakaman suara itu sepakat mahu menggulingkan Azizan di Dun Sungai Limau.

Mohd Nasir ketika ditemui menafikan suara yang dirakamkan dalam audio terbabit yang membincangkan topik itu miliknya, namun mengakui beliau bertanggung jawab membangunkan saluran keyrod@KubangRotan, yang dimuat turun melalui Zello.

"Ketika ahli kumpulan bahas isu tu, saya tak sertai kerana ada program lain. Memang benar nama saya disebut tetapi saya tidak respon kerana saya tidak aktif ketika itu. Saya dengar rakaman itu semula tetapi tidak pasti siapa yang terlibat," katanya.

Menurutnya, dalam perbincangan itu, ada pihak yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Azizan ke program Pusat itu mengkritik secara terang-terangan.

"Ahli kumpulan ini sudah cecah 100 orang, terbuka kepada sesiapa sahaja, sama ada ahli Pas atau Umno. Saya tidak sekat mana-mana individu mahu sertai kerana saya bersikap terbuka dengan kritikan mahupun pandangan berbeza," katanya.

Mohd Nasir mendakwa, pihak yang memuat turun rakaman itu dan menyebarkannya ke laman blog berniat jahat mahu melaga-lagakan pemimpin Pas Kedah.

"Walaupun saya hormati kebebasan bersuara namun tidak bererti saya benarkan fitnah seperti itu berleluasa. Peguam saya sedang meneliti perkara ini untuk diambil tindakan bagi membersihkan nama saya yang tercalar," katanya.

Menurutnya, disebabkan keyrod@KubangRotan miliknya, isu itu dikaitkan dengan dirinya sebagai menyokong usaha menggulingkan Azizan.

"Tidak semestinya percakapan itu ahli Pas Kuala Kedah sahaja, sebab ahli kumpulan itu dari seluruh negeri, mereka boleh respon tanpa sekatan," katanya.

Mohd Nasir berkata, rangkaian komunikasi melalui telefon pintar (Zello) itu dibangunkan beliau bulan lalu, untuk digunakan sebagai medium baru menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

"Zello ini mungkin masih baru dalam kalangan masyarakat. Saya perkenalkan aplikasi ini di kawasan saya untuk lebih dekat dengan rakyat. Jika ada pihak yang salah guna aplikasi bawah kumpulan yang saya bangunkan, saya andaikan individu itu berniat jahat mahu burukkan nama saya," katanya.

Menurutnya, setiap ahli kumpulan itu bebas menyatakan pandangan berbeza dan mereka yang menyertainya harus berlapang dada menerima pandangan masing-masing.

- sumber akhbar
R.K.P

Nizar pengkhianat orang melayu di perak???

Jika kita lihat kepimpinan Nizar ketika menjadi MB Perak langsung tidak menghiraukan hak-hak ke atas orang melayu di perak..

Selama 11 bulan memerintah pucuk pimpinan kerajaan negeri perak,banyak yang merungut kerana lebih berat sebelah kepada kaum 'cina bukit' dan tidak seperti yang beliau janjikan ketika meraih sokongan undi di kalangan orang2 'melayu' khususnya di perak yg bengap kerana termakan 'janji yang ditaburi' oleh nizar...

baru 11 bulan memerintah,nizar dah jadi 'besar kepala' dan bertindak kurang ajar dengan meminta 'mohon derhaka' kepada DYMM Sultan Perak kerana tidak berpuas hati dengan keputusan Sultan untuk membubarkan semula kerajaan kerana tiada sokongan majoriti kerusi...

Jadi,beginikah rupe kepimpinan yang rakyat perak nak terima lagi......?????

So....ade mate lihat,ade telinga dengar....lu pikir la sendiri....


R.K.P

POLITIK PEMBANGKANG TIDAK MATANG???

PKR mendakwa bahawa pihak berkuasa Malaysia mendakwa dan memenjarakan suspek Manuel Karingal Amalilio yang dikehendaki di Filipina, untuk mengelak deportasinya ke negara itu.

Dakwaan ini dan beberapa persoalan telah dibangkitkan semasa kunjungan dua ahli Parlimen PKR ke Filipina untuk menyemak aktiviti Amalilio di sana.

Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Ahli Parlimen Subang,  R Sivarasa, menyifatkan pendakwaan dan hukuman terhadap Amalilio itu sebagai satu "wayang".

Disini kita dapat melihat bahawa politik pembangkang ternyata tidak menunjukkan kematangann tapi ianya juga adalah perkara biasa memandangkan mereka ini sentiasa akan membangkang.

Pakatan pernah mencanangkan bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak mengambil tindakan terhadap Amalilio, namun setelah tindakan diambil, mereka mengatakan ini adalah wayang.

Cuba kita tanya pada mereka ini, apakah tidakan yang perlu diambil oleh kerajaan sebenarnya?

Atau mereka sendiri tiada jawapan dengan persoalan tersebut.

R.K.P

GUAN ENG KENA BALING DENGAN BEKAS ABU ROKOK????

Kecoh satu masa dulu apa bila kepala Lim Guan Eng dilihat bertampal dan dikatakan ianya akibat daripada rasa cemburu isteri beliau yang juga merupakan salah seorang ADUN di negeri Melaka dan ianya juga dikatakan akibat dibaling dengan bekas abu rokok oleh isteri beliau.

Mula mula susah juga nak percaya, tapi bila dah ternampak gambar dr sumber yg dipercayai, kepercayaan tu datang dengan sendirinya pulak.

Mana tidaknya, bukan main mesra si Guan Eng ni peluk aci dalam gambar tu, siap pegang kat tempat yang takde dilapik lagi.

Tapi yelah, macam kata Nik Aziz, itu takpe sebab Guan Eng cina dan yang kena peluk tu india, sama juga macam kes Elizabeth Wong dulu, dah sampai nak berbogel pun masih ok lagi sebab bukan Islam, tapi itu bukanlah isu utama, isunya disini ialah dimana letaknya maruah seorang exco kerajaan negeri dalam situasi begitu?

Walau apa pun, kita boleh nilai sama sama macam mana perangai mereka ni yang sebenarnya.....
R.K.P

04 January 2013

APA SuDah Jadi Dgn PR????

Pakatan pembangkang semakin celaru kini apabila DS Anwar dalam PC dakwa PR pertahan ketetapan mereka sebelum ini iaitu kalimah Allah milik mutlak orang Islam. Walau bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ni (4hb jan 2013) dakwa PAS kekal dgn pendirian parti itu pada 2010, iaitu orang bukan Islam BOLEH guna kalimah Allah. Makin bingung lihat telatah politikus yg sanggup gadai prinsip perjuangan demi kuasa ini..
R.K.P

BEKAS PEGAWAI ANGKATAN TENTERA TAK SEDAR DIRI....(p/s:bila dah jadi pegawai)

Beberapa anggota tentera hari ini meminta supaya Boustead Holding's BHD menghentikan urusniaga Lembaga Tabung Angkatan Tentera.

Salah seorang daripada mereka ini dulunya adalah pegawai yang menjawat jawatan sebagai Brigadier Jeneral bersara Tentera Udara Diraja Malaysia Abdul Hadi Abdul Khatab.

Takkan seorang pegawai yang berpangkat tinggi begitu tidak mengetahui perlembagaan dan fungsi LTAT selama ini.

Sangkakala masukkan link yang membolehkan pembaca meneliti semua objektif dan fungsi LTAT selama ini.

Klik pautan dibawah untuk maklumat tentang LTAT :-

http://bit.ly/TDrvfn

Abdul Hadi yang merupakan ketua jawatankuasa keselamatan PKR.

Rasanya,bekas pegawai angkatan tentera ni mungkin tidak pernah mengetahui tentang perjalanan urusniaga LTAT selama ini kerana beliau hanya tau menerima wang faedah yang disalurkan kepada beliau.

Beliau mempertikaikan suatu kenyataan yang tidak lagi dibuktikan sama ada benar atau tidak berhubung dengan urusniaga tanah yang mengatakan RM30 juta dibayar kepada syarikat Deepak Jaikishan Astacanggih Sdn Bhd si penjual karpet penuh kontroversi ketika ini dan sebanyak RM130 juta lagi dibayar kepada syarikat Raja Ropiaah, Awan Mega untuk tanah.

Menurut kata Brigadier bersara ini lagi, ini semua akan menjejaskan pencarum dalam LTAT, tapi perlu difikirkan semula, jika LTAT tidak membuat pelaburan, mana datang sumber duit untuk LTAT membayar duit persaraan serta lain lain kemudahan kepada bekas bekas angkatan tentera yang bersara selama ni.

Mungkin kerana sudah kemaruk dengan dan dijanjikan dengan pelbagai janji janji manis, maka beliau terlupa akan jasa kerajaan dalam membela nasib para perajurit tanah air.

Ini adalah contoh mereka mereka yang boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit, sanggup menggadai maruah sebagai pejuang kerana setitis kuasa yang tiada membawa apa apa makna kepada beliau didalam perjuangan.

R.K.P