Powered By Blogger

11 April 2018

MESTI BACA !!! NAMA BAKAL CALON TERENGGANU @NajibRazak @umnoonline #jomBN #ManifestoBN #TransformasiTerengganuBaharu #TTB #PRU14

Salam 1Malaysia,

Menurut sumber yang RKP perolehi berkenaan isu nama bakal calon Barisan Nasional di negeri Terengganu kini sedang Tular & Hangat diperkatakan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyerahkan kepada orang ramai sama ada untuk mempercayai senarai calon Barisan Nasional (BN) yang tular di media sosial baru-baru ini.

Tanpa menidakkan senarai calon BN yang tular itu, beliau sebaliknya menegaskan isu pemilihan calon BN di negeri itu hanya akan dimuktamadkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perkara itu (tular senarai calon) terpulang kepada masing-masing hendak percaya atau tidak ".

Tetapi yang sebenarnya, (keputusan senarai) calon BN terletak di tangan Perdana Menteri. Oleh itu kita tunggu dan lihat lah sebab macam-macam boleh berlaku."

Mengulas mengenai kedudukannya yang dicalonkan bagi kerusi Parlimen Kuala Nerus, Razif berkata, sebagai ahli parti beliau akur dengan sebarang keputusan pucuk pimpinan.

Tiada ada masalah. Sebagai seorang pemimpin saya akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Di mana sahaja saya diletakkan, saya tidak mempunyai masalah,” katanya.

Senarai calon BN Terengganu yang tular menimbulkan polemik apabila bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Seri Ahmad Said disinggirkan.

Manakala 24 calon baharu disenaraikan termasuk calon wanita, Zurina Abdul Rahman bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil dengan menggugurkan Exco Kerajaan Negeri, Ghazali Taib.

Serarai terbabit juga menamakan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah sebagai calon DUN Batu Rakit menggantikan penyandangnya, Bazlan Abdul Rahman selain disebut-sebut sebagai bakal menjawat jawatan Menteri Besar Terengganu.

Sumber

http://www.astroawani.com/berita-politik/senarai-calon-tular-terpulang-hendak-percaya-atau-tidak-ahmad-razif-172687