Ada yang mengatakan bahawa puak puak antilynas nak berdemo dan berhasrat untuk meletakkan sticker ABU (Asalkan Bukan UMNO) pada Sangsaka Bangsa iaitu bendera UMNO yang terletak disini.
Mana pulak perginya puak puak antilynas ni? Takkan baru diwar warkan bahawa kedatangan mereka akan disambut oleh pergerakan pemuda UMNO yang bersedia menerima kehadiran mereka disini.
Nampaknya puak puak antilynas yang diterajui oleh pembangkang memang suka melanggar undang undang dan perintah mahkamah.
Mahkamah telah memerintahkan dan memberi kebenaran untuk Lynas iaitu kilang nadir bumi ini beroperasi, apa lagi yang tak puas hati puak puak ni?
Sudah sudah la ikut telunjuk puak Pakatan Haram tu, susah susah nak bejalan jauh jauh hanya sebab kononnya Lynas tak selamat adalah tindakan bodoh.
Perlu diingat, dalam PAS ada seorang Doktor iaitu Dr Che Rosli yang pakar dalam bidang Nuklear dan beliau tak berani untuk keluarkan apa apa kenyataan pun yang mengatakan bahawa Lynas tidak selamat untuk beroperasi.
Untuk makluman pembaca semua, Sangkakala ada menerima maklumat yang boleh dikatakan berupa fakta jika diteliti dengan betul.
Mengikut kata sahabat Sangkakala yang tidak mahu namanya disebut ini, Malaysia dikhuatiri akan memiliki sebuah loji Nuklear dan akan menjadi kuasa besar dalam negara negara ASEAN, dan kuasa ini amat dikhuatiri oleh Singapura yang memang mahu menghancurkan politik Malaysia supaya mereka boleh menakluki serta merampas kekayaan negara ini.
Mereka ini dikepalai oleh PAP yang menjadi Ikon kepada DAP, perlu kita imbas kembali apabila ada kedutaan Singapura hadir semasa himpunan BERSIH baru baru ini untuk memantau keberkesanan strategi yang mereka cipta dan direalisasikan oleh penyokong penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Melayu yang tidak tahu agenda sebenar disebalik semua kisah ini.
Perlu juga kita kaji bahawa, negara islam yang mempunyai tenaga nuklear hanyalah Iran dan Pakistan dan ini juga ditakuti oleh dunia jika Malaysia juga menjadi negara yang mempunyai kuasa nuklear, pada halnya Lynas bukanlah untuk menghasilkan nuklear untuk dijadikan senjata.
Melayu melayu yang meyokong antilynas mungkin tidak sedar akan kemajuan yang bakal dikecapi sekiranya Lynas ini b eroperasi, ramai anak anak muda yang akan mendapat peluang pekerjaan dan taraf ekonomi penduduk sekitar Gebeng dapat dinaikkan.
Semua ini adalah agenda politik dari pembangkang dan sekali lagi dimaklumkan bahawa ianya kemungkinan adalah dari hasutan PAP Singapura.
Melayu melayu yang menyokong antilynas perlu fikirkan juga kemajuan dan masa depan anak bangsa, jika semua yang dilakukan oleh kerajaan semuanya dipandang serong apakah kemajuan yang akan kita kecapi selepas ini?
Fikir fikirkanlah..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.