Powered By Blogger

28 February 2013

PANAS !!! Mesti Baca !!! Kalo tak baca rugi wehh !!!

Orang Kata,
Politik itu kotor,
Orang baik jangan masuk politik,
Nanti masuk neraka,
Kalau nak masuk juga,
Carilah yang menjanjikan syurga
Carilah parti untuk akhirat
Yang konon termaktub di azali-Nya

Orang kata
Politik penuh maki hamun
Tuhan pun dikatakan mencarut
Kitapun selalu dihamun
Jadi kalo tak tahan
Jangan masuk gelanggang politik

Orang kata
Politik tiada kawan yang kawal
Kawan makan kawan
Musuh gigit tangan kawan
Musuh tiba-tiba jadi kawan
Kawan merajuk terus jadi lawan
Jadi jangan bergaduh sampai nak pengsan

Orang kata
Politik kena tebal muka
Dulu dia benci kita
Sekarang bila kita berkuasa
Dia tak malu minta-minta
Buat-buat macam tak ada apa-apa
Waktu susah dicarinya kita
Lepas dapat dia lupa segalanya

Orang kata
Jika berpolitik jangan cakap benar
Orang jujur takkan berjaya
Kena cakap bohong walaupun sedikit
Atau tambah lagi jika mahu sedap didengar

Orang kata
Politik mesti pandai tunjuk manis
Biarpun baru bertegang dengan isteri
Biarpun angin satu badan di pejabat
Senyum mesti beri
Walaupun geramnya tak terperi
Ada pula yang minta diluluskan itu ini

Orang kata
Politik itu 'Art of the possible'
Mahu jadi Machiavelli atau Umar Abd Aziz
Siang melaungkan hak asasi dan demokrasi
Malam meneguk arak,champangne dan Vodka
Sambil berteriak "hidup Rakyat"!!

Orang kata
Dalam politik jangan ada yang memandai-mandai
Kalo bole buat-buat pandai
Kalo pandai ketua jadi keldai
alamat pendeklah riwayat lebai

Orang kata
Dalam politik kena pandai mengampu
Kalau diri nak cepat maju
Kalau berani menyanggah penghulu
Lambatlah nak pegang jawatan tertentu

Orang kata
Dalam politik jangan mudah merajuk
Alamat musuh menunjuk jaguh
Biar dicerca dengan jenuh
Jangan berundur walaupun tersepuh

Orang kata kita kata
Politik semua serupa
Tapi ingatlah semuanya sementara...


-Dideklamasikan oleh MB Perak sempena Festival puisi Pangkor3



R.K.P