Masyarakat Orang Asli di negeri Perak menyambut baik usaha
dan pendekatan yang dilaksanakan kerajaan dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi kaum pribumi itu.
Rata-rata mengagumi kepimpinan dan kewibawaan Menteri
Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang begitu prihatin dengan kebajikan
masyarakat Orang Asli dengan menyediakan pelbagai kemudahan kepada mereka sejak
menerajui tampuk pemerintahan negeri Perak pada tahun 2008.
Bagi Firdaus Kamal, 26, dari Kampung Kenang, beliau begitu
berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh kerajaan negeri bagi membangunkan
masyarakat Orang Asli di kawasannya.
“Saya begitu berbangga dengan kepimpinan kerajaan yang
diterajui Menteri Besar, Dr Zambry,” katanya.
Katanya, prasarana yang disediakan oleh kerajaan negeri
banyak membantu masyarakat Orang Asli sekaligus menaiktaraf masyarakat pribumi
itu.
“Di tempat ini, segala kemudahan begitu lengkap dan kami
tidak mempunyai masalah besar yang besar,” jelasnya.
Sementara itu, Henry Atus Supian pula berkata walaupun
terdapat beberapa masalah kecil di kampung itu, namun secara keseluruhan
penduduk amat berpuas hati terhadap kemudahan yang disediakan.
“Kami di sini tiada masalah kerana terdapat sekolah untuk
anak-anak dan Pusat Kesihatan Bergerak untuk mendapatkan rawatan jika sakit,”
katanya lagi.
Henry berkata, jabatan kerajaan berkaitan akan dirujuk oleh
masyarakat di sini sekiranya sebarang masalah baru timbul.
“Tiada banyak masalah di kampung ini cuma kami (penduduk)
minta kerajaan pulih jambatan yang menjadi laluan utama ke kampung ini,”
tambahnya lagi.
Semalam, penduduk Kampung Kenang berpeluang bertemu pemimpin
tertinggi negeri apabila Dr Zambry menunaikan solat secara berjemaah dengan
penduduk di kawasan tersebut.
Dalam ucapannya, Dr Zambry berkata, kehadirannya ke kawasan
tersebut bertujuan mendekati dan mengambil perhatian terhadap masalah yang
menggangu kehidupan masyarakat Orang Asli di situ.
Pada majlis sama, beliau turut mengajarkan ucapan kalimah
syahadah kepada tiga saudara baru di samping menyampaikan sumbangan barangan
keperluan kepada Tok Batin dari kampung yang berhampiran.
-sumber media
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com