Perjumpaan Sukarelawan Barisan Nasional Youth Volunteer PERAK sudah berkumpul di Ipoh semalam.
Satu kejayaan bagi BNYV di Ipoh Semalam yang berkumpul di Comm Centre Pemuda UMNO Negeri Perak dengan kehadiran 200 orang belia bersama-sama akan menjadi sukarelawan di dalam PRU 13.
Sukarelawan ini akan menggunakan slogan "I AM BNYV" dan diiktiraf sebagai Sukarelawan Pemuda BN dan ini juga adalah satu jenama baru yang sedang dipopularkan oleh Pemuda BN.
Melihat dari suasana dan semangat pada taklimat semalam Sukarelawan BNYV akan muncul sebagai satu faktor baru dalam arina politik tanahair yang boleh memeningkan kepala pembangkang sebagai Status mereka yang bebas itu tentunya akan memberi banyak kelebihan dalam menjadi jentera tambahan kepada Pemuda BN untuk berdepan dengan berbagai tindak tanduk pembangkang.
Saudara Yashir sebagai Pengerusi BNYV Perak berkata " BNYV diwujudkan adalah satu platform untuk memberi ruang kepada mereka yang minat politik tetapi tidak mahu menyertai mana-mana parti politik atau mereka yang berdepan masalah untuk masuk mana-mana cawangan parti kerana sebab-sebab tertentu tetapi menyokong perjuangan BN dan jentera ini akan bersama-sama membantu memenangi BN Perak disamping memberikan khidmat masyarakat kepada Komuniti.". Turut memeriahkan program semalam juga kehadiran Saudara Khairul Azwan Dato' Harun, Pengerusi Pemuda Barisan Nasional Negeri Perak dan Saudara Hairul Anuar Mohd Nor, Pengerusi Unit Media Baru Negeri Perak