Powered By Blogger

21 April 2013

Perang Bendera Bermula Di Manjoi ??? @pemudaperak @erwinmukhriz @mubinmanjoi @teammediaperak

Kini bermula lah gelombang Pilihanraya setelah penamaan calon di tempat masing-masing diumumkan pada 20hb April yang lepas.
Para petugas gerakan parti masing-masing sibuk mengatur strategi bagi melancarkan gerak gempur kerja untuk tujuan meraih sokongan undi dari rakyat setempat.
Tidak ketinggalan bagi pemuda BN yang bersemangat menjalankan kerja-kerja pemasangan bendera parti dan khususnya di DUN Manjoi.
Pemuda-pemuda BN di DUN Manjoi khususnya Pemuda di Bilik Gerakan Kg.Manjoi sudah mula melancarkan kerja-kerja bagi menaikkan bendera parti tidak kira waktu.
RKP melihat kini di Kg.Manjoi,majoriti goongan belia-belia muda di Manjoi sudah mula sedar dan didedahkan dengan keadaan isu semasa yang berlaku.
RKP berharap dan mendoakan agar sepanjang kempen pilihanraya ini berjalan,semoga tidak ada kejadian-kejadian yang tidak diingini berlaku yang boleh memberi impak kepada calon parti-parti yang akan bertanding kelak.

TAKBIR.....!!!!!