Powered By Blogger

23 April 2013

TERKINI !!! Gegaran Gempa Di Jalan Raja,Manjoi ??? @zambryabkadir @pemudaperak @teammediaperak @mubinmanjoi @hanfiahman @tunfaisal @bnyvperak @umnonline

RKP ingin melaporkan tentang berlakunya satu gegaran di Jalan Raja,Gugusan Manjoi apabila beberapa Pemuda BN yang di ketuai oleh Naib Ketua Pemuda Muhd Hafez Mubin b.Salleh melancarkan gerak gempur berhadapan Bilik Gerakan BN Kg.Manjoi.

Dalam sesi gerakan itu,aktiviti yang dijalankan seperti mengedarkan risalah-risalah manifesto BN Perak 2013 dan beberapa risalah lain kepada penduduk setempat yang melalui jalan Raja tersebut.
Selain dari itu,para pengunjung yang mengunjungi Bilik Gerakan BN Manjoi akan diberikan 'Kit Bag BN' secara percuma yang mengandungi seperti Pelekat Kereta,Baju T-Shirt,Senaskah Akhbar Tempatan dan juga Air Mineral.
Jangan lepaskan peluang juga untuk bersua kenal bersama Pemuda-Pemuda BN di Bilik Gerakan Manjoi untuk mengemukakan sebarang pertanyaan atau menyuarakan pendapat untuk dikongsi bersama.

Syabas!!! Diucapkan kepada Pemuda BN diatas gerakan aktiviti yang dijalankan itu.

PEMUDA PEWARIS BANGSA.....