Salam 1 Malaysia,
Melalui sumber, menyatakan bahawa musim Pilihanraya PRU14 semakin dirasai lebih lebih lagi golongan (Netizen) Media Baru yang semakin berkembang pengikutnya berbanding PRU13 yang lepas.
Usaha kerajaan BN mendekati rakyat melalui media baru telah berjaya merapatkan hubungan kerajaan dengan rakyat jelata. Dari segi jumlah pengikut "followers" serta “likes” ternyata BN jauh ke hadapan berbanding dengan usaha kempen media baru pihak pembangkang di kempen PRU14 kali ini.
Media baru digunakan sepenuhnya dalam kempen PRU14 dalam erti kata yang lain digelarkan sebagai “Pilihanraya Media Baru.” Penjenamaan Barisan Nasional di media baru dilihat lebih berjaya berbanding Pakatan Harapan (PH) kerana BN dilihat lebih teratur mempunyai langkah penjenamaan yang khusus.
Penjenamaan BN & PM Najib Razak di media baru lebih ketara jika dibandingkan dengan Pakatan Harapan yang sehingga kini tidak ada apa-apa penjenamaan yang khusus. Dominasi BN dalam platfom Media Baru kali ini lebih ketara jika dibanding dengan PRU14 dan ini mampu membawa kesan positif kepada kerajaan BN.
Pemimpin-pemimpin BN lebih menerajui jumlah followers & likes samada di Facebook mahupun Twitter. PH ketinggalan sebanyak dua minggu untuk mengatasi BN memandangkan kempen akan bermula dalam tempoh tersebut bagi negara menghadapi PRU14.
Sumber