Powered By Blogger

30 December 2012

HADI AWANG NAK JADI Dj SPIN PLAK!!

Hari ini heboh di alam maya cai cai pro PAS minta supaya Hadi Awang diberi kebenaran untuk menerangkan isu amanat Haji Hadi yang dibuat 31 tahun yang lalu.

Petang tadi dengan pantas Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim memberi penjelasan bahawa pihak kerajaan tidak ada halangan malah memberikan kebenaran kepada Presiden PAS tersebut untuk memberi penjelasan didalam media elektronik milik kerajaan atau swasta.

Nah apa lagi Datuk Seri Hadi? Dah dapat kebenaran bukan? Bila agaknya nak bagi penjelasan tersebut? Jangan nanti haji Hadi pusing pusing cerita pula dalam tv tu.

Ceritanya senang, haji Hadi perlu jelaskan tentang amanat beliau sehingga membuatkan orang ramai khususnya pengikut PAS yang taksub dengan amanat tersebut melakukan perkara perkara diluar norma norma sebagai manusia dan penganut agama islam sebenar.

Sampai ada yang sanggup bercerai berai, ada yang sanggup memutuskan saudara, tidak memakan sembelihan, sanggup akad nikah 2 kali, sanggup tidak mahu menyembahyangkan jenazah, sanggup sembahyang berasingan dan pelbagai lagi.

Ini semua perlu dijelaskan sepenuhnya, jangan nanti ada lagi kekeliruan dikalangan rakyat Malaysia khusunya yang beragama Islam.
R.K.P

29 December 2012

NIZAR DAH GAGAP NAK JAWAB SEMUA NI SEBAB IKUT TELUNJUK DAP -p/s:dah dasar kambing hitam PRoPASbiaDAP

Ini satu lagi kes yang memang berat,kalau tidak mana mungkin Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berani mendedahkannya dalam sidang Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini memang sudah tersebar cerita mendakwa semasa 11 bulan jadi kerajaan di Perak selepas pilihanraya umum ke 12,pakatan pembangkang ' kenduri sakan' agih kawasan balak di negeri itu.

Menariknya PAS-PKR-DAP diketahui umum memang cukup rajin dalam bab menuduh Barisan Nasional yang galak buat kerja itu.

Dalam ceramah-ceramah di serata ceruk kampong mereka sentiasa gambarkan merekalah yang cukup beramanah dan tak main dengan balak segala macam.

Mungkin mereka duga tembelang mereka tidak akan terdedah kerana tidak menjangka langsung kerajaan pakatan Perak akan tumbang dalam masa sekejap.

Setiap urusan pentabiran kerajaan ada hitam putihnya.Oleh itu bukan susah untuk mengesannya.

Itu baru 11 bulan perintah Perak.

Senang cakap...kalau berani silalah Menteri Besar kerajaan 11 bulan itu, Datuk Seri Nizar Jamaludin keluar satu kenyataan rasmi menafikan pernah meluluskan agihan kawasan balak semasa pentabirannya.

Juga kalau berani...senaraikan kepada siapa kawasan balak diberi. Itu satu hal.

Ini satu hal lain. Kalau lulus pemberian kawasan balak mengikut peraturan lainlah ceritanya.
Pada sidang Dewan Undangan Negeri Jumaat,Zambry mendakwa Nizar sewaktu jadi Menteri Besar meluluskan kawasan balak kepada beberapa syarikat tanpa melalui Jawatankuasa Balak.

Dakwanya Nizar (PAS-Pasir Panjang) menggunakan kuasanya sebagai menteri besar ketika itu untuk meluluskan permohonan komponen balak berkenaan.

Menurut kata Menteri Besar Perak itu, biasanya Jawatankuasa Balak akan bermesyuarat dan melihat senarai permohonan, kemudiannya baru diluluskan. Tetapi Adun Pasir Panjang luluskan menggunakan kuasanya tanpa memanggil mesyuarat.

Hebat sungguh la Pakatan Haram ni masa memerintah, mungkin mereka ni ingat semua tu takkan terbongkar dan takkan ada siapa nak bongkar agaknya, nah lepas ni sila lah jawab.

R.K.P

19 December 2012

DEEPAK IN DEEP TROUBLE WITH THE POLICE REPORT BY DAP, HE IS NOW DEEP IN THE POLITICAL GAME...

The carpet trader Deepak Jaikishan's is not the end of Anwar Ibrahim's attempts in trying to rundown PM Najib Tun Razak and obviously Deepak's so-called confession is not the last.
Anwar will not stop until the voting day and even after that he will continue, unless of course, his opposition group wins and he becomes PM, the position he yearns so much that he is willing to sell anything and everything to be there.
Deepak in the meantime has got himself into a trap he could not get out despite his over confidence appearance when handling the press, of course la, the press owned by the opposition.
Thinking he had saved himself by revealing the purported truth – because those are his words that have yet to be ascertain – he had also revealed the 'other truth' in a video recording with, as he mentioned an Umno supreme council member and two bloggers, which contradicted his words with the press.
And since DAP and Karpal Singh had lodged a police report against him and the subject matter, alleged involvement of those people he mentioned, Deepak is going to undergo lots of questioning and this will be very interesting.
Expect Deepak to begin 'turning around' or begin meandering on his story so much so that he may lose the first part…unless he is being taught and remember the scripts prepared.
Deepak can be considered just like Anwar, a desperate man, but on different grounds. While Anwar is desperate to become PM to serve his foreign masters, Deepak is desperate to get the banks out of his back.
He wanted business and as usual, lobbied and spent lavishly to get his business, not on his own merit though if he had to spend (get what it means).
Of course, in business u get some projects and you lose some…nobody gets all the government projects despite spending money, wonder why this spending has to be done because this in reality defies others who are genuinely based on merits.

RKP

17 December 2012

DAP National Convention: Malays Down, Indians To Go...

DAP has been around since 1966 and has never changed one bit. It has always been a party of the Chinese, fighting for only the Chinese's interest regardless of the fact that this is a multiracial country and that others have rights too. Therefore, DAP is known to be a racist party and since its establishment, it has never succeeded in proving otherwise. The few Malays and Indians holding some insignificant posts in the party couldn't help tone down the colours of racism in DAP.

Being a racist is bad enough, but being a racist and a kiasu is what makes DAP a true evil. As a kiasu, DAP only takes and never give back because the word, 'tolerance' doesn't exist in their vocabulary.

It is even clearer now, when DAP joins hand with PAS and PKR than before, that the party has always put themselves above everybody else, above other races. PAS and PKR have no choice but to 'kow-tow' to DAP even in matters so close to the heart of the supporters, like those concerning religion.

The slogan 'total equality' that DAP boasts of, is a subjective thing as it only serves justice in their eyes if it would result in the Chinese remains as superior.

When DAP took over Penang, their intention is to turn the state into a 'mini-Singapore' where the Chinese dominates and the rest obliged. Penang is the best example of DAP's ruling where the Chinese are given privilege and special treatment compared to the rest. When a Chinese kampung is affected in a development project, the villagers were access to lawyer's advice and chances to fight and be compensated accordingly. But Kampung Buah Pala, an Indian kampung, didn't get the same treatment even though a specific promise was made and recorded that the kampung would be saved in no time by the PR-DAP government. What happened was, the kampung was demolished in no time at all. And it goes the same with the Indians and Malay stalls where they were demolished for obstructing traffic but the Chinese stalls that caused a far worse traffic obstruction, remain untouched.

RKP

11 December 2012

PAS nk ugut Boikot PRU-13????


Ghairah meletakkan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas sebagai calon bertanding Parlimen Larut pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) punca ahli akar umbi mula bertelagah.
Strategi Pas Negeri dan Pusat itu telah menimbulkan kekalutan baru selepas Yang Dipertua Pas Kawasan Larut, Dr Mohd Dhari Othman yang awalnya dipersetujui calon bertanding di kerusi Dun Selama, terpaksa digugurkan.
Calon baru di kerusi Dun Selama pula adalah Ketua Penerangan Pemuda Pas Negeri, Mohd Akmal Kamaruddin yang terpaksa memberi laluan kepada Fauzi membuatkan ahli akar umbi tidak senang duduk.
Semalam menjadi kemuncak bantahan apabila kira-kira 1,500 ahli Pas di enam cawangan utama dalam Dun Selama nekad tidak keluar mengundi pada PRU13 rentetan pengguguran Mohd Dhari.
Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor berkata, Pas Negeri menerusi Pesuruhjayanya, Abu Bakar Hussain telah mengumumkan Mohd Akmal adalah calon Pas Dun Selama.
Menurutnya, pengumuman itu dibuat ketika perjumpaan beliau dengan Pas Kawasan Larut termasuk Majlis Tindakan Dun (MTD) Selama, cawangan-cawangan dan Unit Peti Undi (UPU) Selama.
“Dr Mohd Dhari sebelum ini telah diuar-uarkan dan dipersetujui akan menjadi calon Pas bagi Dun Selama.
“Manakala Mohd Akmal pula sepatutnya menjadi calon untuk Parlimen Larut. Pertukaran berlaku apabila Pas Pusat membawa masuk Datuk Mohd Fauzi Shaari yang baru empat bulan menyertai Pas diangkat sebagai calon Parlimen Larut,” katanya pada sidang media di Markas Pas Kampung Tapah, di sini, semalam.
Hadir sama, Setiausaha Pas Cawangan Kampung Tapah, Abdullah Man dan Timbalan Ketua Cawangan Pas Kampung Tapah, Mohd Yatim Judin.
Beliau berkata, semua ahli Pas di cawangan Kampung Tapah, Kampung Garok, Kampung Teluk Mas, Sungai Bayor, Kampung Air Kuning dan Redang Panjang kecewa dan membantah keputusan meletakkan Mohd Akmal sebagai calon bagi Dun Selama.
“Alasan tersebut turut disokong beberapa faktor yang menyebabkan kami di sini menolak beliau sebagai calon.
“Yang pertama, Mohd Akmal bukan anak tempatan Selama tetapi beliau berasal dan tinggal di Batu Kurau, manakala Mohd Dhari ialah anak jati tempatan Selama dan dilahirkan di Kampung Tapah.
“Malah, Mohd Dhari sememangnya telah sekian lama menjalankan kerja-kerja parti di kawasan Larut khususnya Dun Selama hingga beliau sangat dikenali semua peringkat umur masyarakat di sini,” katanya.
Ahmad Zanian berkata, selain itu, dari segi kewibawaan pula, Mohd Akmal masih muda dan belum cukup berpengalaman sedangkan Mohd Dhari begitu banyak pengalaman serta berpendidikan tinggi.
“Lebih mengecewakan apabila kini seperti wujud tindakan mengutamakan kroni kerana Mohd Akmal adalah menantu kepada Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang,” katanya.
Beliau berkata, penyingkiran Mohd Dhari sebagai calon adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku.
“Hal ini kerana, menjadi kezaliman, penganiayaan dan penghinaan terhadap beliau yang telah sekian lama mengabdikan diri kepada perjuanganPas,” katanya.
Menurutnya, walaupun telah beberapa kali pihak Pas Cawangan, MTD Selama, dan Pas cawangan-cawangan membuat rayuan dan perundingan dengan Pas Pusat serta Negeri, namun suara di peringkat akar umbi langsung tidak didengari atau diambil kira oleh pihak atasan.
“Sebelum ini sebanyak dua kali rayuan dibuat dan terbaru pada 3 November lalu jam 2 petang satu perjumpaan pihak Jawatankuasa Harian dengan Ketua-Ketua Cawangan dan UPU dalam Dun Selama telah diadakan.
“Pada perjumpaan itu, satu undian telah dibuat dan Mohd Dhari telah mendapat 14 undian manakala Mohd Akmal hanya mendapat 9 undian.
“Daripada keputusan itu, jelas menunjukkan bahawa kami di sini tetap mahukan Dr Mohd Dhari sebagai calon atas banyak faktor yang sememangnya memberi keyakinan,” katanya.

PAS bodek DAP????


PAS yang terhimpit dengan masalah dalaman PR dan ketandusan isu terus cuba memancing undi dengan cara mengelirukan rakyat serta menyemai keraguan dan kebencian terhadap Barisan Nasional (BN).
Fitnah konon BN menolak Islam, tidak Islam, kafir dan murtad telah menjadi wirid harian pemimpin-pemimpin mereka.
Dalam pembentangan Bajet yang lepas, kerajaan BN telah ditohmah sebagai tidak menitikberatkan Islam kerana tidak memperincikan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Sedangkan ini bukanlah satu isu kerana Sekolah Agama Rakyat bukanlah di bawah tanggungan kerajaan tetapi milik persendirian.
Justeru, adalah tidak munasabah meminta kerajaan menanggung kos operasi SAR yang ditubuhkan oleh orang atau pertubuhan persendirian.
Logiknya, jika tidak mampu menubuhkan sekolah, kenapa mesti ditubuhkan juga sehingga menjejaskan masa depan murid-murid akibat pembelajaran tidak berkualiti dan keadaan sekolah yang tidak sesuai dan mampu menganggu proses perkembangan minda.
Pun begitu, kerana prihatinnya kerajaan terhadap anak bangsa dan agama Islam, maka bantuan tetap diberikan di mana pada tahun 2011, sejumlah RM95 juta telah diperuntukkan kepada SAR.
Malah, sebanyak 156 daripada 382 SAR di seluruh negara telah berdaftar dengan kementerian dan ditukar status kepada sekolah agama bantuan kerajaan (SABK) yang mana mendapat peruntukan terus dibawah bajet pendidikan nasional.
Oleh itu, momokan pembangkang kononnya kerajaan tidak prihatin adalah momokan ahli politik yang gila kuasa, bukannya hujah seorang muslim yang benar-benar memperjuangkan agama.
Kedegilan kebanyakan SAR untuk berdaftar dengan kerajaan juga merupakan satu kemusykilan yang masih gagal difahami.
Jika benar SAR ikhlas ingin mengajar agama, kenapa perlu menolak untuk berdaftar dengan kerajaan dan mendapat bantuan secara langsung?
Kenapa perlu terasing dari pendidikan nasional tetapi di masa yang sama melangut menunggu suapan kerajaan?
Bukan rahsia bahawa kebanyakan SAR membawa fahaman PAS, iaitu fahaman pembangkang yang menentang kerajaan.
SAR juga kerapkali dikaitkan dengan berbagai masalah moral sama ada di kalangan murid-murid mahupun guru.
Ini mungkin antara sebab SAR tidak wajar diberi bantuan secara membuta tuli tetapi perlu dikaji dan disiasat dahulu agar tidak menjadi punca kepada kemusnahan ummah di masa depan.
Berdasarkan hakikat ini, kita tidak hairan kenapa Lim Guan Eng tidak teragak-agak untuk memasukkan SAR di dalam peruntukan hal ehwal agama Islam dalam Bajet Pulau Pinang.
Guan Eng pasti sedia maklum bahawa SAR akan membantu melahirkan lebih ramai Melayu yang tidak mampu bersaing dan akhirnya hanya menjadi pak turut kepada DAP.
Namun, kenyataan Ketua Pemuda PAS Selangor, Ustaz Hasbullah Mohd Ridzwan mengenai perkara ini dilihat sebagai satu tindakan mengampu Lim Guan Eng secara keterlaluan.
Kata Hasbullah, Bajet tersebut membuktikan Guan Eng prihatin dengan SAR dan kerajaan pusat wajar merasa malu dengannya.
Sedangkan, menurut laporan Bajet negeri, Kerajaan Pulau Pinang telah memperuntukkan RM13.84 juta untuk tahun 2013 meliputi pembangunan masjid, surau dan sekolah agama rakyat (SAR). Maknanya, tiada perincian khas mengenai bantuan untuk SAR.
RM13.84 juta sebenarnya tidak banyak jika dilihat dari projek yang di dalam perancangan iaitu pembinaan masjid baru yang mengambilkira prasarana mesra OKU, iaitu di Masjid Jamek Sungai Gelugor, Daerah Timur Laut dan Masjid Jamek Tasek Gelugor, Seberang Perai Utara.
Lebih-lebih lagi, apabila bajet tersebut juga menyatakan bahawa keseluruhan peruntukan untuk tujuan keagamaan pada tahun hadapan adalah RM46.42 juta.
Klausa ‘tujuan keagamaan’ ini adalah terlalu umum di mana kita tidak dapat pastikan sama ada agama yang dimaksudkan adalah Islam atau semua agama lain? Jika ia membawa maksud semua agama lain juga maka ini bermakna Islam mendapat peruntukan RM13.84 juta dan lebihan RM32.58 juta lagi adalah untuk semua agama lain.
Angka ini jelas belum cukup untuk menobatkan Guan Eng sebagai seorang yang memartabatkan Islam.
Oleh yang demikian, jelaslah bahawa Ustaz Hasbullah ini tidak lebih dari sekadar tukang cuci kasut Guan Eng yang sanggup mereka-reka dan menokok tambah cerita semata-mata untuk mengampu DAP.
Malah, tajuk Harakah mengenai perkara ini juga mempunyai unsur-unsur fitnah dan bodek yang keterlaluan iaitu kononnya Pulau Pinang meningkatkan bajet SAR sehingga 300%??
Laporan yang tidak disertakan dengan statistik, angka dan fakta itu dijadikan modal untuk menghentam kerajaan Pusat.
Soalnya, berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang terpedaya dengan laporan Harakah tersebut? Berapa ramaikah ahli-ahli PAS yang sanggup mencari fakta dan angka tepat bagi mengesahkan kenyaaan Ketua Pemuda PAS Selangor itu?
DAP memperjuangkan Negara Sekular secara terang lagi jelas yang mana menghapuskan Islam sebagai agama rasmi sekali gus meletakkan agama Islam sama dengan agama lain.
Jadi, di manakah prihatinnya DAP terhadap Islam? DAP langsung tidak berselindung dalam hal ini dan tidak pula memutar-belitkannya.
Tetapi, PAS pula yang nampaknya begitu beria-ia membelitkannya untuk DAP sehinggakan seorang pemimpin Pemuda PAS sanggup menggambarkan seolah-olah Guan Eng lebih Islam dari Dato’ Seri Najib.

Kemelut Politik di Perak


APABILA Perak jatuh ke tangan pembangkang semasa Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, ramai yang menyangkakan bahawa Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali akan mengundurkan diri. Ini kerana kekalahan Barisan Nasional (BN) Perak yang diterajui oleh beliau adalah sesuatu di luar jangkaan. BN Perak menerima nasib seperti mana rakan separti mereka di Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
Kecundangnya kerajaan negeri BN di empat-empat negeri itu menambah koleksi pemerintahan pembangkang yang sebelum itu sejak tahun 1990 terus menguasai Kelantan. Buat seketika Tajol Rosli yang mendakwa tidak dibenarkan meletakkan jawatan oleh anggota Badan Perhubungan Negeri terus bertahan biarpun ramai pemerhati politik melihat BN Perak tidak melakukan apa-apa bagi memulihkan kedudukannya.
Tetapi akhirnya pada Khamis lalu, Tajol Rosli berundur juga selepas berasa bertanggungjawab terhadap tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bota, Nasaruddin Hashim melompat parti untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR). Berikutan keputusan Nasaruddin itu, kedudukan pakatan pembangkang yang dianggotai oleh DAP, Pas dan PKR semakin kukuh di Perak. Mereka menguasai 32 kerusi DUN berbanding BN yang berkurangan kepada 27 kerusi.

bn
Kemelut Politik di Perak
Walaupun ramai yang berpendapat Tajol Rosli seharusnya sudah mengakhiri karier politiknya pada 9 Mac 2008, namun langkah meletakkan semua jawatan berkuatkuasa 29 Mac depan adalah sesuatu langkah yang patut dipuji. Tajol Rosli tidak mahu menongkah arus sebaliknya mengamalkan sikap bertanggungjawab sebagai seorang ketua.
Bagi Tajol Rosli, apa lagi isyarat yang diperlukan untuk berundur, BN sudah hilang kuasa di Perak, UMNO sudah jadi pembangkang dan seorang ADUNnya melompat ke parti lain. Kesemua rentetan peristiwa ini sudah memberi petanda yang jelas sesuatu harus dilakukan bagi memulihkan kekuatan BN dan UMNO negeri tersebut.
Kini Tajol Rosli akan menjadi catatan sejarah dalam politik Perak tetapi tindakan beliau sekurang-kurangnya boleh memberi 'isyarat' kepada pemimpin-pemimpin tertentu supaya perlu bersedia mengambil langkah yang sama apabila negeri sudah tergadai kepada pembangkang. Apapun pengunduran Tajol Rosli sudah pasti akan menjanjikan episod menarik kepada arena politik Perak. Ia bermakna UMNO akan mendapat nafas baru dan berpeluang untuk mengetengahkan lebih ramai pemimpin pelapis dalam usaha merampas kembali negeri itu daripada pembangkang.
Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Prof. Dr. Mohamed Mustafa Ishak berkata, UMNO Perak sepatutnya sukar digugat kerana ia adalah kubu kuat UMNO selepas Johor.
''Tetapi Perak gagal menampilkan ramai pemimpin bertaraf nasional seperti mana Johor lakukan, kini tibalah masanya UMNO Perak mula mengetengahkan lebih ramai lagi pemimpin-pemimpin di peringkat negeri sebelum diangkat ke nasional,'' katanya.
Sudah pastilah dalam soal ini tumpuan kini akan diberikan kepada Ahli Parlimen Bagan Datoh, Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi yang dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri.
Walaupun Pengerusi Perhubungan akan disandang sementara oleh Datuk Seri Najib Tun Razak tetapi Ahmad Zahid boleh dianggap bertanggungjawab sepenuhnya mengawasi perjalanan UMNO dan BN Perak.
umno_logo
 Perjalanan UMNO di negeri Perak
Justeru Ahmad Zahid yang sememangnya dilihat pemimpin masa depan Perak dan negara berikutan pencalonannya bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO Mac nanti mempunyai tanggungjawab berat untuk memastikan imej dan prestasi BN di negeri itu kembali berada di kemuncak.
Adalah tidak keterlaluan jika dikatakan langkah UMNO melantik Ahmad Zahid sedikit sebanyak meresahkan kerajaan negeri yang diperintah oleh pakatan pembangkang. Ini kerana selain dilihat pemimpin muda yang berkaliber, Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu juga dikatakan mempunyai tarikan tersendiri bagi memastikan panji-panji BN kembali ditegakkan di Perak.
Namun sudah pasti dalam soal memulih imej BN tersebut, ia bukan sahaja terletak di bahu Ahmad Zahid sahaja, malah semua pemimpin-pemimpin BN dan UMNO di negeri itu harus bersama-sama dengan beliau. Mereka perlu memberikan sokongan padu kepada Ahmad Zahid bagi mengatur jentera parti selepas Mac nanti untuk berhadapan dengan pembangkang.
UMNO Perak sudah tidak ada masa lagi untuk melayan mana-mana pemimpin yang terasa tersisih, terasing atau dipinggirkan berikutan kepercayaan pucuk pimpinan kepada Ahmad Zahid. Sebaliknya UMNO dan BN mempunyai agenda yang lebih besar iaitu merampas kembali negeri kesayangan BN itu daripada pembangkang.
Kekalahan teruk dalam pilihan raya umum lalu seharusnya menjadi pengajaran kepada UMNO Perak bahawa dalam politik segalanya berkemungkinan. Pakatan pembangkang hanya berhak diberi sepenggal sahaja memerintah negeri itu dan kemaraan mereka harus dihentikan dalam pilihan raya umum akan datang. Perak tidak harus dibiarkan mengalami nasib seperti Kelantan yang sehingga ini impian UMNO untuk merampasnya kembali hanya ibarat satu mimpi. Hakikatnya, sudah ada suara-suara di kalangan rakyat untuk menolak PKR, DAP dan Pas di Perak dan mereka hanya menanti pilihan raya sahaja untuk berbuat demikian.
Oleh itu UMNO dan BN harus mengambil kesempatan tersebut dengan memperkukuhkan barisan bagi merampas kembali tampuk pemerintahan kerajaan negeri. Sesungguhnya Perak kini sudah mendapat nafas baru dalam meneruskan perjuangannya, oleh itu terserahlah kepada pemimpin UMNO dan BN menentukan bagaimana seharusnya nafas berkenaan dihembuskan..

09 December 2012

Konsep 1Malaysia dimanipulasikan Pembangkang PR mengenai Isu RASIS untuk meraih undi


Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah bukti bahawa kepimpinan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO tidak pernah mengenepikan mana-mana kaum sejak negara mendapat kemerdekaan.
Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bakri, Datuk Mazlan Sabri berkata pembabitan kaum lain telah terjalin sejak negara ingin mencapai kemerdekaan dan berterusan sehinggalah sekarang, ia terbukti dalam kepimpinan Barisan Nasional di peringkat Kabinet yang turut disertai oleh pelbagai kaum yang turut membabitkan pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
“1Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri memperjelaskan lagi keharmonian hidup kepelbagaian kaum di negara ini, semua rakyat menikmati apa sahaja yang diperjuangkan oleh Barisan Nasional berbeza dengan pembangkang yang dilihat lebih menjurus kepada sesuatu pihak sahaja.
“Isu rasis yang dibangkitkan oleh pembangkang itu adalah untuk menutup kelemahan mereka terutamanya kepada DAP yang dilihat lebih menjurus kepada kaum bukan Melayu berbanding dengan UMNO dan Barisan Nasional yang tidak pernah meminggir mana kaum atau agama,” katanya ketika diminta mengulas dakwaan pembangkang yang menuduh UMNO sebagai rasis.
Mazlan berkata, seperti yang dinyatakan oleh Timbalan Presiden UMNO di majlis perasmian serentak Persidangan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012 bahawa politik rasis adalah kepada mereka yang hanya mengutamakan kepentingan kaum sendiri dan menzalimi kaum-kaum lain dan parti yang mendakwa tidak berasaskan kaum boleh jadi amat rasis jika ianya zalim kepada kaum lain.
“Perkongsian kuasa yang dilaksanakan oleh UMNO sejak dahulu telah diterima pakai oleh semua kaum di negara ini, sebab itu ada kaum lain yang boleh menjadi pemimpin negeri seperti di Pulau Pinang ketika Barisan Nasional berkuasa dahulu apabila Ketua Menterinya dari kaum Cina.
“Bukan sekadar politik, kaum lain juga berpeluang untuk menikmati perkongsian dalam bidang ekonomi, pendidikan, kebajikan dan banyak perkara lain lagi. Pembangkang menyedari perkara ini tetapi sengaja menutup mata demi kepentingan politik sempit mereka,” katanya.
Menurutnya, pembangkang tidak seharusnya mempergunakan isu rasis ini untuk mendapatkan sokongan atau undi daripada rakyat kerana ia boleh mengundang suatu suasana tidak sihat sedangkan kerajaan Barisan Nasional tidak pernah menganak tiri mana-mana kaum walau di mana mereka berada.
“Pelbagai bantuan dan kemudahan yang diberikan oleh kerajaan turut dinikmati oleh semua kaum, ketika penbentangan Bajet 2013, Perdana Menteri mengumumkan semua kaum dan lapisan masyarakat layak untuk menerima apa sahaja bantuan dan kemudahan yang disediakan tanpa mengira parti yang mereka sokong.
“Sebenarnya apa yang cuba dilakukan pembangkang itu lebih kepada kepentingan politik tanpa menyedari apa yang cuba dilakukan itu boleh memberi kesan kepada keharmonian hidup kepalbagaian kaum yang sudah tersemai dan terjalin sejak sebelum merdeka yang diasaskan oleh UMNO,” katanya.

07 December 2012

PANAS-‘Nizar Pembohong Bersiri’


Kejadian seumpama ini pertama kali berlaku.Kalau ikut versi gelembong Datuk Seri Nizar Jamaluddin beliaulah yang muncul hero dalam kejadian menceroboh keatas pentas ceramah UMNO di Kampong Tualang Sekah di Kampar Ahad malam.Tanpa diduga bekas Menteri Besar Perak PAS ini naik dan duduk diatas pentas pada ceramah bertajuk ‘Nizar Pembohong Bersiri’ yang berlangsung di situ.

Nizar dijadual hadir pada satu ceramah pakatan pembangkang kira-kira 100 meter dari situ.Pagi Isnin menerusi laman twitternya,Nizar dengan bangga kata "Saya menghadiri ceramah umno menggodam saya di Tualang Sekah kampar,oleh yb dato shaarani & hanafiah man,mereka panik & pucat".

Hadir pada ceramah berkenaan ialah Exco Kerajaan Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Tampan,Datuk Shaarani Mohamad ; Ketua UMNO Bahagian Kampar,Datuk Radzi Manan dan pegawai pejabat Perhubungan UMNO Negeri Perak,Hanafiah Man.Pada kejadian sekitar jam 9.45 malam itu,Nizar tiba-tiba naik dan duduk di kerusi Hanafiah yang kebetulan sedang memberi ceramah.Maka beliau duduk disebelah Radzi di situ.Betul ke semua orang muka pucat lesi dan panik melihat orang yang tengah mereka godam naik ke atas pentas ???

Hanafiah yang juga bekas pengarang Agendadaily tertawa mendengar dakwaan Nizar itu.Ketika di hubungi petang Isnin untuk menceritakan kejadian itu,Hanafiah yang pernah bertanding sebagai calon PKR di DUN Tualang Sekah pada pilihanraya umum 1999 berkata sebaliknya Nizar yang jadi macam orang bodoh atas pentas itu.Menurutnya ceramah itu tetap diteruskan waktu itu sekalipun Nizar terpacak di situ.“Biasalah dia terpaksa tunjuk hero konon…dakwa sergah kami di ceramah…selepas buat kerja bodoh itu,”katanya.
Mengenai dakwaan Nizar beliau tiba-tiba terus tukar topik hentam Datuk S Ambiga bos Bersih pula bila melihatnya di situ,Hanafiah berkata ‘mengarutlah’.

Katanya beliau tidak tukar topik kerana kebetulan waktu itu hendak bercakap tentang Ambiga.“Dalam ceramah di depan Nizar sendiri kemudiannya saya terus bercakap mengenai beberapa pembohongannya…saya tengok mukanya macam orang bodoh ketika itu,”katanya.

Katanya beliau terus membelasahnya cukup-cukup di situ.Menurut Hanafiah lagi selepas panas tidak tahan sekitar 10 minit kemudian Nizar pun bangun nak beredar dari pentas itu.Sebelum Nizar turun beliau telah menyapanya di tempat memberi ceramah.“Dia bisik pada saya bila nak anjur debatnya dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry.Saya kemudian terus mengumumkan kepada hadirin apa yang dibisikkan oleh Nizar kepada saya di situ,”katanya.Menurut Hanafiah untuk memastikan orang ramai tidak dikelentong oleh Nizar mengenai kejadian itu,pihak penganjur sedang menguruskan pengeluaran video kejadian itu secepat mungkin.Sementara itu ‘perangai pelik’ Nizar sejak hilang jawatan Menteri Besar yang disandangnya selama 11 bulan dulu memang sudah menjadi bahan bualan ramai di Perak.

Malah ada yang mula mengelarnya ‘pak lawak’PAS.Dalam pada itu beliau kebelakangan ini juga kerap membuat dakwaan pakai hentam keromo sahaja.Terbaru ialah isu dakwaannya konon Perdana Menteri adakan pertemuan dengan panglima-panglima Angkatan Tentera Malaysia meminta mereka‘berbuat sesuatu’ jika BN kalah dalam PRU13.

Ini dinafikan keras oleh ATM.Nizar yang ‘sangkut’ akibat dakwaan itu kemudiannya memberi alasan beliau hanya bertanya kerana ada dengar-dengar mengenainya.Sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri Perak baru-baru ini Dr Zambry telah membelasah beliau kerana membuat dakwaan mengenai suatu projek di negeri itu.Dalam kes itu juga Nizar sangkut.Hanafiah memberitahu ceramah UMNO di Kampong Tualang Sekah itu adalah siri ceramah mereka ‘mengejar’ ceramah Nizar.Makanya tapak ceramah UMNO dan Pakatan terletak tidak jauh antara satu sama lain.

01 December 2012

Pentingnya 'Media Baru'

RKP

Wawancara Khas PAU 2012 - Keperluan Politik Baru

Perhimpunan Agung UMNO 2012 sudah memasuki fasa terakhir. Hari ini lebih ramai wakil membahaskan usul dalam berbagai bidang. Dengan menjelangnya PRU 13, budaya "Cah Keting" menjadi sesuatu yang ditakuti oleh parti mahupun calon sendiri. Cah Keting ialah mereka yang sentiasa mencari peluang untuk menafikan, mengsabotaj peluang orang lain. Budaya ini sekiranya tidak dihindari bakal menafikan peluang UMNO untuk terus berkuasa di Putrajaya.
RKP