Powered By Blogger

01 July 2018

#ReBUT - KERUSI NO.1 UMNO TERENGGANU DIRAMPAS??? @umnoonline @umbppum

Salam,

RKP ingin berkongsi berita mengenai Kejutan berlaku di Umno Bahagian Kuala Nerus apabila penyandang Ketua Bahagian, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman tewas tipis kepada naib ketua bahagiannya, Apli Yusoff dengan majoriti 41 undi pada Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Nerus kali ke-30 sebentar tadi.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Ahmad Razif yang juga mantan Menteri Besar Terengganu memperolehi undian sebanyak 424 manakala Apli mendapat 465 undi.

Keputusan tidak rasmi itu adalah satu kejutan dan jelas pengundi di Bahagian Kuala Nerus itu mahukan orang muda untuk menerajui bahagian itu selain mahukan perubahan selepas Barisan Nasional (BN) tumbang dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-14 Mei lalu.

Bagi jawatan timbalannya juga berlaku kejutan apabila penyandangnya, Datuk Basir Ismail tewas dengan majoriti 274 undi kepada bekas 'orang kuat' bahagian yang membuat penampilan kembali, Mohd Shapian Ali, yang memperolehi sebanyak 576 undi.

Jawatan naib ketua pula dimenangi Datuk Raja Arif Raja Ali yang memperolehi undi sebanyak 473 menewaskan dua lagi pencabarnya iaitu Khairuddin Abd Majid yang mendapat 360 undi dan Anuwar Mohd 49 undi.


#ReBUT #RevolusiBaruUmnoTerengganu

sumber