20 March 2013
GEMPAR !!! Nizar Jamaluddin Di Sahkan Mengidap Penyakit Sindrom ???
GEMPAR !!! Nizar " Kuda " Si Tian Chua ???
GEMPAR !!! Nizar Jamaluddin Langgar Anwar Ibrahim ???
Beliau mengumumkan bahawa beliau akan bertanding di DUN Changkat Jering yang mana sebelum ini dikuasai oleh PKR dan calon mereka sebelum ini disandang oleh YB Osman Jailu.
19 March 2013
GEMPAR !!! Taufan Di Tronoh,Perak ???
Generasi muda adalah bakal pemimpin negara satu hari nanti dan sewajarnya mereka mempunyai semangat kecintaan yang tinggi kepada negara.
Jika mahu mewujudkan Malaysia sebagai negara islam pertama yang mempunyai pendapatan perkapita tertinggi dan untuk mencapai matlamat ini seharusnya generasi muda diberi pendedahan awal bagaimana hendak mencapainya.
Belia muda di daerah Perak tengah telah menghangatkan dan memeriahkan majlis Pewaris Muda Negara Peringkat negeri Perak semalam.
Dalam program itu tekah diisi dengan slot belia remaja perwaris kepimpinan negara dan sayangi negara malaysia tanah air kita bagi menerapkan semangat patriotik dikalangan generasi muda.
Ternyata generasi belia di Perak tengah khususnya di Tronoh menyahut sokongan dengan penuh semangat sekali.
Segala program yang dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan maklumat yang berguna kepada masyarakat.
Rakyat di negara ini perlu membaca sejarah yang betul serta merujuk penyelidikan yang mempunyai fakta tepat.
Teman nak pesan kepada semua terutama sekali kepada generasi muda yang taksub kepada pembangkang fuckatan rakyat agar balik ke pangkal jalan sebelum ia merugikan diri sendiri.
Majoriti mereka (fuckatan rakyat) masih buta sejarah dan lebih suka kepada cerita-cerita khabar angin dan suka membuat andaian dan tafsiran sendiri tanpa merujuk banyak pihak.
Akhirnya keputusan yang diambil tidak berasaskan fakta yang tepat malah membuta tuli.
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com
PAS PERAK Memandai-mandai ???
Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Maipk) tidak mengalakkan mana-mana parti politik terutama PAS Perak yang menyalah gunakan status sebagai parti islam sewenang-wenangnya melantik amil untuk tujuan kutip zakat kerana ada berlaku penyelewengan.
Pihak Maipk curiga dengan agihan wang zakat diterima melalui amil lantikan parti politik (PAS) tidak akan sampai kepada asnaf yang layak.
Ini kerana,amil yang dilantik parti PAS Perak tidak mendapat tauliah dari pihak Maipk manakala wang zakat diterima tidak diaudit pihaknya dan dikhuatiri agihan dananya akan bertukar sebagai sedekah sahaja.
Amil parti PAS Perak yang dilantik dikalangan mereka tidak faham konsep dan takrifan asnaf yang lapan kerana mereka tidak mendapat maklumat sebenar mengenai asnaf yang layak menerima zakat!!
Psst: ish..ish..apa nak jadi dengan parti islam PAS Perak ni..dah kebulur sangat sampai duit anak yatim pun nak rembat.patutlah perjuangan depa ni tak direstui Allah...bawak-bawaklah bertaubat wehhh...!!!!
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com
GEMPAR !!! PAS Kerian Goyang Kaki ??? @ZambryAbdKadir @khairykj @tunfaisal @AzwanBro
MB Perak dalam sesi ucapannya di majlis Ekspo Peladang perinkat Zon Utara 2013 berkata,"PPN perlu menerokai bidang baru untuk menjana pendapatan yang selama ini lebih tertumpu kepada perusahaan kelapa sawit berikutan sokongan kuat diberikan kerajaan negeri terhadap pertubuhan itu,
Pasaran harga komoditi yang tidak menentu perlu dilihat sebagai faktor utama PPN wajar memperluaskan skop perniagaan mereka.
Melalui usaha ini,secara langsung boleh meletakkan Perak sebagai pengeluar utama makanan negara.
Dalam majlis tersebut,MB Perak menyerahkan sumbangan RM30,000 kepada Kumpulan Peladang Nita (KPN) Negeri Perak untuk menjayakan pelbagai aktiviti yang dirancang persatuan.
Teman nak berkongsi sedikit,sejak MB Zambry ni memimpin kerajaan negeri Perak,banyak pembangunan dan perubahan yang telah rakyat di daerah Kerian rasai.
PAS Kerian langsung tidak ambil peduli tentang kehendak rakyat disana itu telah diakui sendiri majoriti penduduk di Bagan Serai dan Parit Buntar.Kepimpinan PAS di Kerian langsung tidak mendatangkan apa-apa perubahan malah semua yang dijanjikan hanyalah omong-omong kosong semata-mata.
Dan disebabkan ini,ramai pengikut tegar PAS dulunya kini sudah mula sedar dan beralih angin kepada pucuk kepimpinan asal iaitu Barisan Nasional.
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com
18 March 2013
GEMPAR !!! Pemain Siber Dapat RM50K ??? - @Khairykj @tunfaisal @NajibRazak
KENYATAAN MEDIA
YB SDR KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BN MALAYSIA
BAGI PELANCARAN "HIMPUNAN AKTIVIS SIBER PEMUDA BN"
BERTARIKH 16HB MAC 2013
BERTEMPAT DI ROYALE BINTANG DAMANSARA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum WBT dan Salam 1 Malaysia.
Bersyukur saya ke hadrat Illahi dapat hadir dalam majlis yang dinamakan "Himpunan Aktivis Siber Pemuda Barisan Nasional (BN") atas inisiatif BN Youth CyberTeam (BNYCT) hari ini.
BNYCT telah ditubuhkan pada 8 Ogos 2012 bertujuan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi PRU13 selepas kejayaan gerak kerja siber Unit Media Baru (UMB) Pergerakan Pemuda UMNO yang ditubuhkan pada 3 Mei 2009.
"Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN" ini bertujuan menyemarakkan lagi aktivisme siber oleh sukarelawan pro-Barisan Nasional (Pro-BN) menjelang PRU ke-13.
Untuk makluman, himpunan ini disertai aktivis siber, terdiri dari golongan blogger, facebooker, twitterati dan aplikasi media sosial yang lain, penggiat multimedia kreatif dan selebriti tanah air Pro-BN.
Sejak penubuhan BNYCT, ia telah berjaya menarik penglibatan langsung 3,000 orang sukarelawan siber Pro-BN, membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Kelantan yang membantu secara aktif kempen "TUKAR" dan "Gelombang Merah", membentuk dan menggerakkan pasukan BNYCT negeri Perak bagi meningkatkan jumlah sukarelawan siber negeri tersebut dan membantu penghasilan bahan-bahan sebaran online di dalam twitter, facebook dan you tube.
Adalah perlu dinyatakan di sini bahawa jumlah dedahan keseluruhan pelbagai profil dan page facebook ketika ini adalah sekitar 700,000 orang manakala bagi twitter adalah sekitar 250,000 orang, tidak termasuk jumlah rakan twitter saya sendiri seramai 243,000 orang.
Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini dimulakan dengan "Forum Aktivisme Siber Dalam Politik" yang menampilkan ahli panel terdiri dari
1. YB P.Kamalanathan (MIC)
2. Dato' Ti Lian Ker (MCA)
3. Sdr Tang Keng Liang (Gerakan); dan
4. Sdr Harridz Mohan (PPP).
Tidak dilupakan penglibatan artis yang menggunakan medium siber bagi menyokong gerakan BN oleh yang demikian, moderator bagi forum ini adalah selebriti Fahrin Ahmad.
Dalam himpunan ini juga, Pemuda BN juga turut -
1. Melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang dihasilkan oleh sukarelawan siber BNYCT; buat masa ini, aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play Store. Dalam masa terdekat, ia juga akan boleh dimuat turun melalui i-Tunes dan Blackberry World.
2. Menyampaikan plak penghargaan dan netbook kepada sejumlah selebriti tanah air yang telah menunjukkan sokongan terbuka kepada BN seperti; Zed Zaidi, Nabil Raja Lawak, Fahrin Ahmad, Maulana AF, Adira AF, Altimet, Elfira Loy, Vijay Emergency dan Jason T. Pemuda BN amat menghargai sokongan mereka dan aktivis siber pro-BN akan menyokong mereka di alam siber.
3. Menyampaikan sumbangan sebanyak RM 50,000 sebagai insentif daripada Pemuda BN kepada aktivis siber yang menyumbang artikel, kartun, bahan-bahan multimedia kreatif seperti poster dan video yang menarik dan tersiar di portal BNYCT.
Akhir kata, sebagai Pengerusi Pemuda BN Malaysia, BNYCT akan menjadi salah satu daripada penggerak kepada kempen GEMPAK - Gerakan Menolak Pembohongan Pembangkang yang baru saya lancarkan semalam.
Himpunan ini adalah salah satu gerak kerja Pergerakan Pemuda BN bagi membantu BN dalam PRU13 yang akan datang dan saya ingin merakamkan ucapan sejuta penghargaan dan terima kasih kepada para aktivis yang hadir hari ini.
TwitMe @redahkasipecah | fb : www.redahkasipecahpk@facebook.com




